-->

.

Friday, 20 July 2012

Kem bahasa arab

Assalamualaikum W.B.T 
 Ary SELASA yg lepas sekolah kiterowg iaitu sekolah SMKRP telah mengadakan satu kem iaitu KEM BAHASA ARAB :).. best gilew..memer ar..ramai kwn kt situ <kwn lamer+kawan baru> sory r..ayat b'tmbh bolox XDDD
  Berapa org yg gi?? ----> sudah semestinyer seramai 11 org dr pukul 8.00 pagi die start pastu habis kul 5.30 ptg =.= 
"Tp..adew gop yg x best..sbb die bahagikan 3 kumpulan iaitu kump.1, kump.2 and kump.3 ..aq sorg jew duduk lam kump.1..keseorangan and sumbat..aq pon x thu nk wat per.."
Walaupapepon, Bahasa arab TTP THE BEST!


Jangan luper follow sayer yerk..Thanks!

Posted by Raihanah Afizah at 06:21 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 5 July 2012

Khasiat bangun pagi

  1. Fikiran menjadi lebih segar => Bangun seawal 6 pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar da ia mampu mengurangkan tekanan dan stress dalam diri kita. Fikiran yang segar akan membuatkan kerja-kerja yang dilakukan pada hari tersebut menjadi lebih efisien dan efektif. Hormon-hormon kortisol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.
  2. Dapat mengambil sarapan => Bangun di awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan dengan selesa sebelum ke pejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk aktiviti seharian. Bahkan kajian menunjukkan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbang kepada kegemukan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakan oleh badan kita yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi pada waktu itu. Sebaliknya jika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.
  3.  Dapat melakukan aktiviti senaman pagi => Senaman pada waktu pagi merupakan satu aktiviti yang sangat baik kepada badan kita. Bahkan senaman pada waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dan nyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lain kerana ia akan dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita juga akan dapat menikmati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sagat bermanfaat untuk kita terutama sekali bagi menjana vitamin D demi kebaikan tulang dalam badan kita.
Rasulullah S.A.W bersabda:
 '' Ya Allah berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi.''
4. Tidak tergesa-gesa dan terburu-buru => Jika kita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkan segala sesuatu dalam satu masa. Kerja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan membuahkan hasil yang tidak menarik. Bahkan, kita akan tertinggal banyak barang yang penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana kita tidak memfokuskan kepada sesuatu yang kita lakukan pada waktu itu. Jadi bangun awal pagi membolehkan kita merancang aktiviti kita dengan sempurna dan terancang.
p/s : Maniskan iman, maniskan senyuman :)
Jangan luper follow sayer yerk..Thanks!

Posted by Raihanah Afizah at 04:36 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 1 July 2012

10 Perkara yang MEROSAKKAN OTAK

 Tidak mengambil sarapan pagi --> Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga , iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
  Terlebih makan --> Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
  Merokok --> Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.
  Mengambil gula berlebihan --> Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  Menghidu udara yang tercemar --> Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.
  Tidur yang berlebihan --> Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.
  Tidur dengan menutup muka --> Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.
  Kurang berimaginasi --> Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
  Jarang berfikir --> Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.
  Tidak membaca AL-QURAN --> Al-quran merupakan kalimah-kalimah Allah  S.W.T. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Jangan luper follow sayer yerk..Thanks!

Posted by Raihanah Afizah at 04:33 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 2 June 2012

Adab Membeli-belah

 Hendaklah kita mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan.



  Tidak digalakkan membawa wang yang melampau banyaknya kerana akan mengakibatkan perbelanjaan yang melampau pembazirannya.

Dapatkan pandangan daripada mereka yang tahu tentang sesuatu barang yang ingin dibeli.
 Pastikan barang yang dibeli itu halal pada perspektif islam.
 Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar harga yang terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.
 Jujur dan amanah.
 Utamakan urus niaga dengan orang islam melainkan setelah tiada pilihan.

Jangan luper follow sayer yerk..Thanks!

Posted by Raihanah Afizah at 00:13 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 1 June 2012

Melebihkan sesuatu akan mengurangkan sesuatu

   Orang yang banyak ketawa akan menyebabkan kehebatan dirinya berkurangan.
  Orang yang suka bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya itu.
  Orang yang kerap melakukan sesuatu perkara akan dikenali melalui perbuatannya itu.
  Orang yang banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah.
  Orang yang sentiasa silap pula akan mengurangkan malunya.
  Orang yang kurang malunya, kuranglah sifat waraknya.
  Orang yang kurang sifat waraknya, maka hatinya telah mati.

Jangan luper follow sayer yerk..Thanks!

Posted by Raihanah Afizah at 10:32 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 31 May 2012

Tolak yang biasa, Tambah yang Baik!

Tolak : Bangun pagi bermalas-malasan sambil berdialog, " Alamak...nak pergi sekolah la pulak! Hari-hari buat benda yang sama... hmph! "
Tambah : Celik mata terus berdoa, " Ya Allah, hari ini, lihatkanlah mataku kepada kebesaran-Mu, dengarkanlah telingaku kepada kalimah-Mu, ucapkanlah bibirku kepada memuji-Mu, indahkanlah perangaiku kepada apa yang kau perintahkan."
Tolak : Berkhayal ketika dalam kelas sambil merungut dalam hati, " Bosan la cikgu ni. Meleweh macam mengajar penyu berlari!"
Tambah : Berwuduk sebelum masuk kelas dan berdoa, " A'uzubillah...jauhkanlah aku daripada gangguan syaitan yang terkutuk, penipuannya, bisikannya dan godaannya."
Tolak : Bercerita dan bercakap kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah sambil mengutuk, " Buruknya perangai...ikut kelakuan atok nenek dia la tu!"
Tambah : Banyakkan diam dan bercakap bila perlu sahaja di samping berdoa, "Ya Allah, dengan kasih sayang-Mu, perelokkanlah perangaiku dan orang di sampingku agar kami bersyukur dengan apa yang Engkau beri." 

Jangan luper follow sayer yerk..Thanks!

Posted by Raihanah Afizah at 07:53 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Islam Adalah Cara Hidup

  1. Jika kita marah - TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa.
  2. Jika kita bingung - KLIK doa agar tenang hati.
  3. Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa.
  4. Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat.
  5. Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar.
  6. Jika kita bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan.
  7. Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat.
  8. Jika kita berdendam -DELETE buruk sangka supaya bersih hati.
  9. Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan.
  10. Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha. 

Jangan luper follow sayer yerk..Thanks!

Posted by Raihanah Afizah at 02:44 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Add My Facebook
Add Me

Blog Archive

  • ▼  2012 (7)
    • ▼  July (3)
      • Kem bahasa arab
      • Khasiat bangun pagi
      • 10 Perkara yang MEROSAKKAN OTAK
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.